Saturday, 28 January 2017

FACEBOOK   vs   WECHAT




Hai,assalamualaikum.Apa khabar semua hari ni ? Sihat tak ? Mestilah sihatkan.Insya-Allah... Dalam blog kali ni saya nak bincang tentang Facebook vs Wechat.Selalunya kita dengar Facebook vs Twitter,Wechat vs Whatapps ataupun yang glamour sikit Wechat vs Instagram.Korang semua tahukan FB,Wechat,Twitter,Instagram dan yang terbaru Beetalk merupakan laman sosial yang semakin diminati ramai dan semakin banyak di ‘install’ ke dalam smartphone pada masa kini.Tetapi apa yang menyedihkan laman sosial itu sendiri boleh membahayakan kita jika tidak berhati-hati.Cuba anda semua fikir,laman sosial mempunyai kelebihan yang lebih banyak atau sebaliknya.

Anda diluar sana mesti akan menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk melayani kerenah kawan,boyfriend and girlfriend.Bagi saya aktiviti begini tidak begitu sihat.Duduk terperuk berjam-jam,mata sentiasa menghadap  telefom bimbit boleh menyebabkan mata anda rosak.Sebenarnya anda tidak perlu melayani laman sosial anda.Anda hanya perlu tutup telefon anda dari pagi sampailah ke malam.Apabila anda hendak tidur anda boleh membuka kembali telefon anda.Tetapi mesti anda akan mendapati terdapat banyak mesej yang ditinggalkan oleh rakan anda.Jika anda merupakan seorang ‘otaku’,pastikan anda pandai untuk membahagikan masa.

Saya merupakan pelajar sekolah menengah.Tetapi perangai saya bukanlan perangai budak belasan tahun.Ramai ataupun senang cakap,semua rakan saya mempunyai acdbook dan wechat.Semasa saya darjah enam saya tidak mempunyai FB.Sekarang saya mempunyai FB tetapi rakan saya mulai bising hanya kerana sya tidak mempunyai wechat.Lagipun saya tidak mahu jadi seperti kakak sepupu saya.Kakak sepupu saya akan habiskan masanya melayani wechat.Semasa saya pulang ke kampung,sebaik sahaja saya melangkah masuk ke dalam rumah nenek saya,saya ternampak kakak sepupu saya melayani wechat sehingga tak tegur saya pun.Dia juga akan menghadap wechat sehingga pukul dua pagi.
Sekarang saya akan ceritakan kelebihan dan kekurangan mengenai facebook :
·       membosankan kerana tiada siapa akan bersembang dengan kita bila semua melayani wechat
·       dapat menemui rakan-rakan lama
·       dapat mem ‘private’ kan status kita jika mahu mengutuk atau memarahi seseorang
·       masalah akan timbul jika tidak me ‘log out’ facebook anda
·       ruangan chat terlalu kecil untuk orang yang rabun dekat
·       facebook anda mudah digodam jika tak berhati-hati
·       dapat mengeratkan hubungan silaturrahim

Sekarang tiba masanya untuk wechat.Saya ni tidak tahu sangat tentang wechat.Tetapi saya memerhati wechat melalui pengamatn saya.Jika ada salah dan silap silalah tegur :

·       menyusahkan anda apabila telefon anda berbunyi ketika mahu tidur,makan dan solt
·       dapat menenali ramai rakn baru
·       anda akan ketinggalan seperti saya jika tidak mempunyai wechat kerana rakan saya post perkara yang menarik di wechatnya
·       menghalang daripada melakukan aktivit lain
·       menyebabkan ibu bapa marah apabila anda hanya terperuk sahaja di bilik
·       kesihatan diri terjejas
·       kurang bergaul bersama ahli keluarga yang lain
·       sentiasa berada di dalam dunia sendiri
·       orang disekeliling kita tidak akan menyenangi kita
·       dipandang serong oleh masyarakat
·       hubungan silaturrahim yang dibina boleh terputus
·       keputusan peperiksaan merosot jika tidak pandai membahagi masa
·       tidak dapat memberikan tumpuan dan perhatian semasa belajar
·       mudah mengantuk kerana anda selalunya melayani wechat sehingga larut malam

Wah !!!!!!!!!! habis juga penulisan blog saya hari ni.Jangan lupa tau kawan-kawan laman sosial boleh layan tapi solat janganlah lupa... Bye .........


Wasalamm ....   ^_^