Assalamualaikum,selamat malam semua !!!!!!!!!!! Semua kena senyum dulu baru saya teruskan penceritaan malam ini.Sebenarnya memang lama saya nak menulis tapi tiada kesempatan.Jadi kebetulan malam ni free saya akan tulis kan di sini.Tujuan saya menulis perihal ini bukan lah mahu memfitnah atau menganiayai atau mengaibkan atau memburukkan mana-man pihak.Tetepi mahu memberitahu semua agar kita berfikir bahawa zaman dahulu tidak lagi sama seperti zaman sekarang ini.
#taksamelangsung
#takpercayasudah
#sayetausbbsayeygtulis
Untuk pengetahuan anda semua,perkara yang mahu saya tulis di sini adalah mengenai pelajar-pelajar di MRSM (bukan semua maktab tapi ada satu yang menarik perhatian saya-terletak di utara semenanjung Malaysia).Pada saya sangat lah memalukan sekiranya orang luar tahu bahawa pelajar-pelajar (sebahagian pelajar) di maktab ini mempunyai sikap sebegini.Oleh itu saya memang tidak mahu menyebut nama maktab berkenan.Saya hanya berkongsi perkara yang realiti bukan menuduh. Sekiranya anda merasakan bahawa artikel yang akan saya tulis ini tidak dapat diterima sila undurkan diri anda daripada membaca............
😮😮😮😏😏
Okey sekarang saya akan mulakan.First skali apa yang saya nak cerita adalah mengenai pelajar berkenaan (bergelar pelajar maktab rendah sains mara-hanya sebahagian daripadanya).Pada hemat saya selama ini pelajar/murid yang pandai selalunya mempunyai sikap yang baik dan disegani tetapi tidak pada pelajar-pelajar ini.Pertama kali saya mendengar pelajar-pelajar di MRSM mencarut yang bukan-bukan di depan saya.Bukan sahaja kepada orang lain,kepada guru sendiri pun dibuat sebegitu rupa. Macam-macam perkataan yang keluar dari mulut diorang.Yang paling kerap adalah perkataan "anak haram kau" "bodoh kau" diorang tu gila".Adakah ini yang dipanggil mrsm,pelajar pandai,pelajar berdisiplin,pelajar berwibawa????????????????
Antara dialog yang sering disebut
"Wei,haram btul kau tak tunggu aq"
"Diorang tu bodoh kau tahu tak"
"Anak haram ------- kau buat aq cam ni"
Perkataan yang tidak boleh disebut.Minta maaf.Perkataan yang ditulis di atas bukan lah disebut oleh budak lelaki shaja tetapi jugak budak perempuan.Pada saya,saya sendiri tidak tahu di mana haramnya. Dengan kawan-kawan sendiri pun diorang boleh macam tu,saya mengalami kejutan yang teramat.Malah kepada cikgu yang mengajar mereka pun mereka sanggup cakap begitu di belakang.
Yang kedua,meskipun pelajar mrsm adalah pelajar yang bijak pandai tetapi mereka tidaklah 'pandai' untuk menyedarkan diri mereka sendiri.Apabila tibanya waktu makan sudah pasti mereka berduyun-duyun ke dewan makan.Cuba anda pergi perhatikan selepas waktu makan.Tong sampah (ada 3 tong sampah) yang ketiga-tiganya dipenuhi makanan.Mereka membuang makanan yang sepatutnya dimasukkan ke dalam mulut.Saya sangat kasihan pada tukang masak yang memasak.Masakan yang dimasak dicampak dalam tong sampah begitu sahaja.
Apabila saya cerita pada mak saya,mak saya cakap nasi yang dibuang tu menangis.Lama-lama rezeki pun lari.
Saya sangatlah kasihan pada kanak-kanak lain diluar sana yang masih lagi tidak cukup untuk makan.Pelajar mrsm yang makan bufet pun membazir.Nampak sangat ada ciri-ciri tidak berapa bijak dalam bertindak.Almaklum lah pelajar mrsm kan anak orang ada-ada(sesetengah sahaja).Tetiap hari pergi cucuk wang kat mesin ATM.
Sebenarnya masih banyak yang saya mahu ceritakan tapi masa mencemburui kita nampaknya.Semoga kita berjumpa lagi.ByeByeByeBye
Sekiranya ada sesiapa yang tidak berpuas hati saya boleh katakan bahawa saya ada bukti.Jadi terpulang pada anda semua sama ada mahu percaya atau tidak.Ada banyak lagi perkara yang belum saya dedahkan.Kalau anda nak tahu apa bukti saya........
Buktinya adalah #sayapelajarmrsm #sayatahusemuanya #kawankawanbuatcamtu #ikutsukakorangla #sayaskolah@mrsm