Thursday, 21 July 2016

Stesen Keretapi Lama Taiping Perak

Stesen Keretapi Lama Taiping

20 Julai 2016
       Rakyat negeri Perak pastinya sangat mengenali stesen kereta api pertama Tanah Melayu yang terbina di negeri mereka.Stesen Keretapi Taiping ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Stesen Keretapi Lama Taiping Stesen ini kemudiannya ditukar kepada Galeri Stesen Keretapi Lama Taiping dan menerima kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat dari dalam dan luar negara.Pastinya rakyat negeri Perak sendiri sudah berkunjung ke galeri stesen keretapi ini.

       Sebagaimana dilihat stesen ini dibina pada tahun 1883 dan beroperasi pada tahun 1885 setelah dirasmikan oleh Residen Perak-Sir Hugh Low.Pembiayaan bagi pembinaan stesen adalah sebanyak 7000 pound sterling dan dibina oleh Syarikat Pioneer Ceylon yang ketika itu diuruskan oleh Residen sendiri.Malangnya,kos pembiyaan tersebut telah ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri Perak pada ketika ituPada zaman dahulu,stesen ini dimiliki oleh kerajaan negeri Perak.Lalu telah bertukar hak milik kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).Dan akhirnya,stesen ini diuruskan ole Majlis Perbandaran Taiping setelah diikhtiraf sebagai bangunan warisan.
        Stesen Keretapi Lama Taiping ini dibina dengan menggunakan kayu hampir keseluruhan bangunan.Tetapi masih lagi gah berdiri walaupun bangunan stesen kereta api yang baharu telah dibina.

         Meskipun Stesen Keretapi Lama Taiping telah menjadi korban pembangunan tetapi sebagai galeri bangunan ini masih lagi menerima pengunjungnya.Selain itu,stesen ini juga telah dijadikan restoran dan kafe yang boleh menggamit pengalaman pengunjung makan berhampiran kereta api yang sedang bergerak (ikut masa perjalanan).

         Seabgai bangunan bersejarah pasti stesen ini telah mengalami pelbagai perubahan.Stesen Keretapi Lama Taiping pada mulanya dibina di tengah-tengah kuarters British lalu ditukar ke Sekolah Rendah King Edward (SRKE) dan akhirnya bertapak di Jalan Stesen hingga kini.Bangunan stesen kereta api yang baharu telah dibina untuk menggantikah bangunan lama.
Sekian saja daripada saya terima kasih.... 
 

No comments:

Post a Comment